Penyelidik Universiti Cambridge memetakan sejarah genetik koronavirus dari bulan Disember hingga Mac dan mendapati tiga variasi yang berbeza namun berkait rapat antara satu sama lain.
Variasi A adalah virus asal yang menjangkiti manusia melalui kelawar yang berasal daripada tenggiling.
Variasi B adalah daripada tanah besar China sejak bermulanya wabak pada disember tahun lepas.
Keputusan menunjukkan jenis A adalah yang paling lazim di Australia dan Amerika Syarikat,
manakala kebanyakannya kes di UK adalah daripada variasi B.
Satu lagi variasi yang berbeza, jenis C, berasal dari jenis B dan tersebar ke Eropah melalui Singapura.
Para saintis juga percaya virus yang dikenali sebagai SARS-CoV-2 itu sentiasa bermutasi untuk mengatasi rintangan sistem imun dalam populasi yang berlainan.
Sumber: dailymail