Monday, April 12, 2021
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan

Staff Cili by Staff Cili
07/04/2020
in Antarabangsa
2 min read
0
Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan

SINGAPURA: Operasi di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan, menurut Changi Airport Group (CAG).

CAG berkata perincian mengenai perpindahan syarikat-syarikat penerbangan ke terminal lain akan diumumkan melalui laman web Lapangan Terbang Changi sebelum 1 Mei depan.

BACA JUGA

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Load More

Penggantungan operasi ini akan membolehkan kerja-kerja pengembangan semasa di T2 dipercepatkan mengikut jadual iaitu pada 2024, tetapi ini mungkin akan ditambah selama satu tahun lagi.

“Dengan syarikat penerbangan, banyak menangguhkan penerbangan sebagai tindak balas terhadap permintaan yang semakin berkurang, usaha ini juga akan membantu lapangan terbang yang menjadi rakan kongsi kami mengharungi masa yang sukar,” kata Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Lapangan Terbang CAG, Tan Lye Teck dalam satu kenyataan.”Walaupun skala operasi kami akan berkurangan dalam tempoh terdekat, Lapangan Terbang Changi tetap dibuka untuk melayani penerbangan kargo udara dan penumpang yang masih terus beroperasi.

“Kami mempunyai fleksibiliti dan bersedia meningkatkan operasi sebaik sahaja keadaan pulih,” kata Tan lagi.Sementara itu, memandangkan jumlah penerbangan yang sangat kecil di Terminal 4 (T4), operasi di terminal tersebut telah dikurangkan dengan hanya beberapa pintu masuk dibuka dan kedai-kedai dibenarkan untuk ditutup lebih awal.

Jika syarikat penerbangan yang masih beroperasi di T4 memilih untuk menggantung atau menyesuaikan jadual penerbangan mereka, CAG akan memberi pertimbangan bagi menghentikan operasi mereka di T4 untuk sementara waktu, tetapi boleh memulakan semula operasi mereka sebaik sahaja syarikat-syarikat penerbangan ini mengaktifkan balik jadual mereka.

Penyatuan ini akan membolehkan CAG dan lapangan terbang yang menjadi rakan kongsinya untuk menjimatkan kos operasi seperti utiliti dan pembersihan, tetapi juga dengan tujuan mengoptimumkan sumber-sumber di seluruh terminal agar menjadi lebih sesuai dengan permintaan perjalanan termasuk kekerapan penerbangan yang menyusut.

Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Pengangkutan republik itu mengumumkan bahawa Levi Pembangunan Lapangan Terbang akan dikecualikan mulai 13 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Levi itu telah diperkenalkan pada 1 Julai 2018 untuk membiayai pengembangan lapangan terbang, termasuk Terminal 5 (T5) yang baharu serta infrastruktur yang berkaitan di Changi East.

Sekarang ini, penumpang yang memulakan perjalanan mereka dari Lapangan Terbang Changi perlu membayar kadar S$10.80, manakala penumpang yang memulakan perjalanan mereka di tempat lain dan membuat sambungan melalui Lapangan Terbang Changi perlu membayar kadar S$3.00.

Levi dibayar oleh penumpang yang berlepas dari atau bersambung melalui Lapangan Terbang Changi.

Ia akan dikecualikan untuk penumpang yang mana, tiket penerbangan mereka dikeluarkan antara tarikh perjalanan dalam tempoh yang sama.

— BERNAMA

Tags: covid-19

Related Posts

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
Antarabangsa

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

10/04/2020
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19
Antarabangsa

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

09/04/2020
Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289
Antarabangsa

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

09/04/2020
Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil
Antarabangsa

Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil

08/04/2020
Darurat 7 Kawasan di Jepun
Antarabangsa

Darurat 7 Kawasan di Jepun

08/04/2020
Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia
Antarabangsa

Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

07/04/2020
Next Post
Penurunan kes Covid-19 dan kedudukan di dunia

Penurunan kes Covid-19 dan kedudukan di dunia

Leave Comment

Berita Popular

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

27/03/2020
Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

31/03/2020
Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

27/03/2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

31/03/2020
Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

27/03/2020

Pilihan Kami

Akaun yang dibekukan bukan milik PM Najib

Akaun yang dibekukan bukan milik PM Najib

28/03/2020
Lelaki berpakaian seperti hantu pocong untuk menakutkan muda-mudi

Lelaki berpakaian seperti hantu pocong untuk menakutkan muda-mudi

31/03/2020
Besi cucuk punggung

Besi cucuk punggung

27/03/2020
Windows 10 dapat dimuat turun secara percuma

Windows 10 dapat dimuat turun secara percuma

28/03/2020
  • Tentang Kami
  • Privacy Policy
  • Disclaimer & TOS
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com

No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sabah
    • Sarawak
  • Tech
    • Telefon Pintar
    • Laptop
    • Gajet
  • Telco
  • Makanan
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com