Tuesday, January 26, 2021
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

Staff Cili by Staff Cili
07/04/2020
in Antarabangsa
2 min read
0
Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

BOGOTA (Colombia), 7 April  — Di sesetengah kawasan kejiranan di Bogota dan di pinggir ibu kota, ada keluarga yang kekurangan makanan terpaksa meletakkan kain merah di pintu dan tingkap rumah untuk meminta pertolongan, lapor agensi berita Anadolu. 

Kira-kira 50 peratus penduduk di Colombia bekerja di sektor tidak formal, dengan simpanan yang sedikit untuk berdepan krisis seperti COVID-19, kuarantin mandatori yang dikuat kuasa kerajaan menyebabkan jutaan penduduk berdepan situasi teruk antara risiko jangkitan, kelaparan atau tiada tempat tinggal.

BACA JUGA

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Load More

En los pagadiario de las Cruces @Bogota viene atendiendo a población venezolana vulnerable. No obstante, aún no llegan a cientos de hogares alrededor, donde abundan los trapos rojos frente a las casas. Habitantes denuncian que los kits recibidos los están vendiendo en el sector. pic.twitter.com/swWnx12fRK

— Samir Abisambra (@samirabisambra) April 4, 2020

Di sebalik langkah-langkah pencegahan dikuatkuasakan antara lain, kawalan pergerakan, perniagaan ditutup dan sekatan perjalanan, namun  ribuan penduduk Bogota mengabaikan perintah itu, terus bekerja seperti biasa dan berulang-alik di seluruh bandar. 

Kepada mereka yang tidak menerima subsidi kerajaan atau apa-apa bantuan, itu satu-satunya cara mendapatkan beberapa peso untuk membeli makanan. 

Menurut Juan Carlos Saldarriaga, Datuk Bandar Soacha, sebuah bandar dekat Bogota, tindakan mengibarkan kain merah “mencetuskan perpaduan dalam kalangan penduduk.”

Saldarriaga berkata mengibarkan kain merah membantu kerajaan tempatan mengetahui siapa yang “memerlukan bantuan segera.”

Walaupun ramai penduduk di Soacha telah menerima pakej makanan yang diagihkan kerajaan dan Palang Merah, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan. 

Colombia mencatatkan 1,485 kes COVID-19 dengan 35 kematian. Pengasingan mandatori dikuat kuasa April 13, seperti diumumkan Presiden Ivan Duque.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah orang yang disahkan COVID-19 melebihi 1.3 juta di seluruh dunia dan 74,476 pesakit meninggal dunia.

— BERNAMA

Related Posts

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
Antarabangsa

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

10/04/2020
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19
Antarabangsa

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

09/04/2020
Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289
Antarabangsa

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

09/04/2020
Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil
Antarabangsa

Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil

08/04/2020
Darurat 7 Kawasan di Jepun
Antarabangsa

Darurat 7 Kawasan di Jepun

08/04/2020
Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan
Antarabangsa

Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan

07/04/2020
Next Post
Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur

Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan - Kuala Lumpur

Leave Comment

Berita Popular

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

27/03/2020
Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

31/03/2020
Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

27/03/2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

31/03/2020
Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

27/03/2020

Pilihan Kami

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

09/04/2020
Ilusi Optik! Jangan percaya dengan apa yang anda lihat.

Ilusi Optik! Jangan percaya dengan apa yang anda lihat.

04/11/2014
Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat

Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat

10/04/2020
Kawalan di sempadan, pintu masuk perlu diperketat – KP Kesihatan

Kawalan di sempadan, pintu masuk perlu diperketat – KP Kesihatan

07/04/2020
  • Tentang Kami
  • Privacy Policy
  • Disclaimer & TOS
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com

No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sabah
    • Sarawak
  • Tech
    • Telefon Pintar
    • Laptop
    • Gajet
  • Telco
  • Makanan
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com