Monday, May 23, 2022
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

Staff Cili by Staff Cili
09/04/2020
in Antarabangsa
2 min read
0
Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

PARIS: Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia mencecah 86,289, semalam, menurut satu penjumlahan setakat jam 7 malam yang dikumpulkan AFP daripada sumber rasmi.

Lebih 1,469,920 kes jangkitan disahkan di 192 negara dan wilayah, manakala sekurang-kurang 280,300 daripada jumlah itu dianggap telah sembuh.

BACA JUGA

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Load More

Namun, penjumlahan menggunakan data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara terbabit dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu berkemungkinan hanya menggambarkan sebahagian daripada jumlah sebenar kes jangkitan.

Ketika ini, banyak negara hanya melakukan saringan kesihatan terhadap kes paling serius.

Sejak jam 7 malam kelmarin, sebanyak 6,221 kematian baharu dan 72,738 lagi kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) merekodkan kematian baharu tertinggi dalam tempoh itu membabitkan 1,808 mangsa, disusuli Britain (938), Sepanyol (757) dan Itali (542).

Bagaimanapun, Itali yang melaporkan kematian pertama pada akhir Februari lalu, mencatatkan korban tertinggi berjumlah 17,669 dan 139,422 kes jangkitan.

Sepanyol pula merekodkan jumlah 14,555 kematian dan 146,690 kes jangkitan, setakat ini.

Kematian berjumlah 13,829 di AS merupakan ketiga tertinggi, namun negara itu mendahului di dunia dari segi bilangan jangkitan yang kini mencecah 404,352 kes.

Perancis pula melaporkan 10,869 kematian dan 112,950 jangkitan, diikuti Britain dengan 7,097 korban serta 60,733 kes.

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengisytiharkan 3,333 kematian dan 81,802 kes, setakat ini, dengan 77,279 pesakit sembuh.

Sejak jam 7 malam kelmarin, Antigua dan Barbuda, Barbados, Belize, Malta serta Kepulauan Virgin AS mengumumkan korban pertama akibat COVID-19.

Hingga kini, Eropah mencatatkan 772,592 kes jangkitan dan 61,118 kematian; AS campur Kanada (423,535 kes, 14,285 kematian); dan Asia (125,864 kes, 4,409 kematian).

Seterusnya, Asia Barat (89,003 kes, 4,238 kematian); Amerika Latin bersama Caribbean (40,671 kes, 1,612 kematian); Afrika (11,119 kes, 571 kematian); dan Oceania (7,138 kes, 56 kematian). – AFP

Related Posts

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
Antarabangsa

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

10/04/2020
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19
Antarabangsa

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

09/04/2020
Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil
Antarabangsa

Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil

08/04/2020
Darurat 7 Kawasan di Jepun
Antarabangsa

Darurat 7 Kawasan di Jepun

08/04/2020
Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia
Antarabangsa

Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

07/04/2020
Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan
Antarabangsa

Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan

07/04/2020
Next Post
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Leave Comment

Berita Popular

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

27/03/2020
Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

31/03/2020
Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

27/03/2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

31/03/2020
Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

27/03/2020

Pilihan Kami

Seorang budak perempuan 5 tahun dari Sibu meninggal dunia

Seorang budak perempuan 5 tahun dari Sibu meninggal dunia

30/03/2020
Terhempasnya Air Asia QZ 8501

Terhempasnya Air Asia QZ 8501

28/03/2020
Minta cerai selepas melihat wajah muka

Minta cerai selepas melihat wajah muka

28/03/2020
Pelajar marathon yang hilang disahkan meninggal

Pelajar marathon yang hilang disahkan meninggal

05/11/2014
  • Tentang Kami
  • Privacy Policy
  • Disclaimer & TOS
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com

No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sabah
    • Sarawak
  • Tech
    • Telefon Pintar
    • Laptop
    • Gajet
  • Telco
  • Makanan
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com