• Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
Wednesday, March 29, 2023
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Thailand cecah 2,067 kes, 20 kematian

Staff Cili by Staff Cili
05/04/2020
in Antarabangsa
Reading Time: 2 mins read
0
Thailand cecah 2,067 kes, 20 kematian

BANGKOK: Thailand melaporkan 89 kes baharu COVID-19 dan satu kematian, semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 2,067 dengan 20 kematian akibat penularan wabak berkenaan di Thailand, setakat ini.

BACA JUGA

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Load More

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin, berkata seorang lelaki warga Thailand berusia 72 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik, merupakan kes kematian terkini dilaporkan di negara ini.

“Daripada 2,067 kes COVID-19, 1,762 adalah warga Thailand dan 305 lagi warga asing.

“COVID-19 telah menular ke 64 daripada 77 wilayah di negara ini,” katanya pada taklimat harian perkembangan wabak itu, semalam.

Bangkok merekodkan angka tertinggi dengan 980 kes, diikuti Wilayah Nonthaburi (128) dan Phuket (107).

Hingga kini, seramai 612 pesakit telah dibenarkan pulang, manakala selebihnya masih menjalani rawatan di beberapa hospital.

Bagi memperlahankan penyebaran COVID-19, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengeluarkan perintah untuk menghentikan semua penerbangan masuk antarabangsa ke negara ini, bermula semalam hingga tengah malam, Isnin.

Berdasarkan perintah itu, mana-mana individu tiba melalui pesawat yang berlepas sebelum perintah berkenaan dikeluarkan, perlu menjalani kuarantin selama 14 hari setiba di Thailand.

Menurut CAAT, pesawat tentera, pesawat bantuan kemanusiaan dan perubatan, pesawat kargo serta pesawat yang membuat pendaratan kecemasan atau pendaratan teknikal bagaimanapun dikecualikan.

Ia susulan insiden kekecohan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Jumaat lalu apabila sekumpulan warga Thailand yang pulang ke rumah masing-masing, enggan menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin negara.

Dalam insiden itu, daripada 158 warga Thailand meliputi 103 pulang dari Jepun, Singapura (44) dan Qatar (11) yang mendarat di lapangan terbang terbabit, hanya enam bersetuju ditempatkan di pusat kuarantin di Bangkok.

Sementara itu, Thaweesilp berkata, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha, telah mengarahkan baki 152 warga Thailand yang pulang ke negara ini menerusi Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Jumaat lalu, untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa yang berkenaan, semalam, dan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin negara.

“Mereka mesti menghubungi Pusat Operasi Kecemasan (EOC) di Suvarnabhumi atau Pusat Damrongtham di wilayah mereka. Kami mempunyai maklumat mereka dan kami akan menjejaki mereka.

“Perdana Menteri mengarahkan untuk mengesan warga Thailand yang pulang itu dan meletakkan mereka bawah kemudahan kuarantin negara.

“Jumlah kes jangkitan dalam kalangan pelancong yang berada di luar negara masih tinggi. Ia berbahaya kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Share7SendTweetShare

Related Posts

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
Antarabangsa

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

10/04/2020
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19
Antarabangsa

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

09/04/2020
Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289
Antarabangsa

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

09/04/2020
Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil
Antarabangsa

Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil

08/04/2020
Darurat 7 Kawasan di Jepun
Antarabangsa

Darurat 7 Kawasan di Jepun

08/04/2020
Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia
Antarabangsa

Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

07/04/2020
Next Post
Tiada Gawai Peringkat Negeri Tahun ini – Sarawak

Tiada Gawai Peringkat Negeri Tahun ini - Sarawak

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    © 2020 cilipedas.com

    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2020 cilipedas.com