• Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
Wednesday, March 29, 2023
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

COVID-19: Kanak-kanak 5 tahun antara korban di Britain

Staff Cili by Staff Cili
05/04/2020
in Antarabangsa
Reading Time: 2 mins read
0
COVID-19: Kanak-kanak 5 tahun antara korban di Britain

LONDON: Britain semalam melaporkan 708 kematian akibat COVID-19, iaitu rekod angka korban dalam sehari, termasuk seorang kanak-kanak berumur lima tahun yang dipercayai mangsa termuda di negara ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 4,313 pesakit COVID-19 di hospital telah meninggal dunia, setakat jam 4 petang kelmarin, manakala 41,903 kes jangkitan disahkan hingga jam 8 pagi semalam, iaitu meningkat sebanyak 3,735.

BACA JUGA

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Load More

Jumlah mangsa terus melonjak dengan lebih 500 korban sehari, minggu ini, dan Britain dijangka berdepan senario kes memuncak pada minggu depan hingga 10 hari.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) memaklumkan, sebanyak 637 daripada bilangan kematian baharu itu dilaporkan di England.

“Pesakit berumur antara lima hingga 104 tahun. Seramai 40 daripada 637 pesakit terbabit (berusia antara 48 hingga 93 tahun) mempunyai keadaan kesihatan yang tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, NHS menjelaskan, pihaknya tidak akan memberi maklumat lanjut mengenai pesakit berusia lima tahun itu, atas permintaan keluarga mangsa.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari London meninggal dunia, minggu lalu, beberapa hari selepas disahkan positif COVID-19 dengan keluarganya memaklumkan bahawa mangsa tiada menghidap sebarang penyakit lain.

Menteri Kanan, Michael Gove, berkata ibu dan adik-beradik remaja itu kini turut menunjukkan simptom jangkitan penyakit berkenaan.

Setakat ini, beliau berkata, angka korban secara keseluruhan meliputi tujuh profesional penjagaan kesihatan.

Perdana Menteri, Boris Johnson, yang menjalani kuarantin selepas mengalami simptom sederhana, mengarahkan pelaksanaan perintah berkurung selama tiga minggu pada 23 Mac lalu bagi menyekat penularan wabak itu.

Namun, timbul kebimbangan bahawa ramalan cuaca lebih panas pada hujung minggu ini boleh mendorong orang ramai untuk keluar ke taman awam atau kawasan hijau.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, menegaskan penjarakan sosial perlu terus dititikberatkan dengan memberi amaran bahawa sebarang pengabaian terhadap langkah itu ‘boleh mengakibatkan kematian’.

Sementara itu, kerajaan mengumumkan seramai 4,000 banduan berisiko rendah yang berada pada penghujung tempoh hukuman mereka, boleh dibebaskan dari penjara di England dan Wales sebagai antara usaha menghentikan penularan wabak COVID-19.

Seramai 88 banduan dan 15 kakitangan penjara telah disahkan positif penyakit itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan virus berkenaan boleh tersebar dengan pantas berikutan faktor kesesakan serta perkongsian sel.

Kementerian Keadilan memaklumkan, pembebasan sementara itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan banduan berkenaan dipantau dengan tag elektronik.

Bagaimanapun, banduan berisiko tinggi tidak akan dipertimbangkan untuk pembebasan awal itu. – AFP

Share9SendTweetShare

Related Posts

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
Antarabangsa

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

10/04/2020
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19
Antarabangsa

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

09/04/2020
Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289
Antarabangsa

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

09/04/2020
Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil
Antarabangsa

Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil

08/04/2020
Darurat 7 Kawasan di Jepun
Antarabangsa

Darurat 7 Kawasan di Jepun

08/04/2020
Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia
Antarabangsa

Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

07/04/2020
Next Post
Guna hotel jadi pusat kuarantin bantu pengusaha terus beroperasi

Guna hotel jadi pusat kuarantin bantu pengusaha terus beroperasi

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    © 2020 cilipedas.com

    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2020 cilipedas.com