Monday, May 23, 2022
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Nasional

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap penyebar berita palsu

Staff Cili by Staff Cili
04/04/2020
in Nasional, Semasa
2 min read
0
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap penyebar berita palsu

PUTRAJAYA, 4 April  — Sebanyak 184 kertas siasatan dibuka dan 20 kes didakwa di mahkamah sehingga semalam terhadap penyebar berita palsu mengenai COVID-19 di media sosial, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak akan berkompromi serta akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu.

BACA JUGA

Harga Minyak pada 11 – 17 April

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Load More

“Berita palsu terus berlegar di negara kita walaupun sepatutnya semua mesti membantu kerajaan tetapi masih ramai penyebar berita palsu seperti beberapa hari lepas ada berita palsu yang menunjukkan kononnya pusat kuarantin yang buruk keadaannya di Sabah dan ia telah pun dinafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 413 individu ditahan kerana ingkar PKP semalam dalam sekatan jalan raya dan rondaan dilakukan PDRM.

Beliau berkata penahanan pada hari ketiga PKP fasa dua itu menunjukkan penurunan sebanyak 21.18 peratus berbanding hari sebelumnya dengan 524 orang ditahan.

“Saya harap trend ini berterusan dan ia boleh dianggap sebagai gambaran bahawa pematuhan semakin meningkat,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 731 sekatan jalan raya dan melakukan pemeriksaan terhadap 426,764 kenderaan.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 426 kawasan di sekitar 11 negeri telah dinyah kuman semalam menerusi operasi sanitasi awam.

Antara kawasan yang dinyah cemar termasuk 170 balai polis dan 38,140 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berisiko tinggi.

Fasa pertama PKP bermula 18 Mac hingga 31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April ini.

— BERNAMA

Related Posts

Harga Minyak pada 11 – 17 April
Nasional

Harga Minyak pada 11 – 17 April

10/04/2020
Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Nasional

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

09/04/2020
72 jam saja lagi untuk penentuan PKP
Nasional

72 jam saja lagi untuk penentuan PKP

08/04/2020
Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19
Nasional

Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19

07/04/2020
170 kes baharu COVID-19 hari ini
Nasional

170 kes baharu COVID-19 hari ini

07/04/2020
Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur
Nasional

Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur

07/04/2020
Next Post
COVID-19: Kanak-kanak 5 tahun antara korban di Britain

COVID-19: Kanak-kanak 5 tahun antara korban di Britain

Leave Comment

Berita Popular

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

27/03/2020
Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

31/03/2020
Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

27/03/2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

31/03/2020
Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

27/03/2020

Pilihan Kami

Windows 10 dapat dimuat turun secara percuma

Windows 10 dapat dimuat turun secara percuma

28/03/2020
Pelajar marathon yang hilang disahkan meninggal

Pelajar marathon yang hilang disahkan meninggal

05/11/2014
Guna hotel jadi pusat kuarantin bantu pengusaha terus beroperasi

Guna hotel jadi pusat kuarantin bantu pengusaha terus beroperasi

05/04/2020
Wanita di penjarakan gara-gara melihat pertandingan bola tampar

Wanita di penjarakan gara-gara melihat pertandingan bola tampar

29/03/2020
  • Tentang Kami
  • Privacy Policy
  • Disclaimer & TOS
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com

No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sabah
    • Sarawak
  • Tech
    • Telefon Pintar
    • Laptop
    • Gajet
  • Telco
  • Makanan
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com