• Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
Sunday, June 1, 2025
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Thailand laksana perintah berkurung seluruh negara 10 malam-4 pagi mulai Jumaat

Staff Cili by Staff Cili
02/04/2020
in Antarabangsa
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
Thailand laksana perintah berkurung seluruh negara 10 malam-4 pagi mulai Jumaat

BANGKOK, 2 April — Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini mengumumkan perintah berkurung seluruh negara dari 10 malam hingga  4 pagi mulai Jumaat, dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19 di negara itu berikutan jumlah kes telah meningkat kepada hampir 2,000.

Dalam mempergiat usaha memerangi pandemik COVID-19, Prayuth berkata perintah berkurung harian itu dikecualikan bagi pekerja dalam perkhidmatan penting termasuk penjagaan kesihatan, pengangkutan dan perbankan serta mereka yang dalam perjalanan dari dan ke lapangan terbang.

BACA JUGA

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

Load More

Beliau berkata mereka yang ingkar perintah itu akan berdepan hukuman penjara selama dua tahun atau denda sehingga 40,000 baht atau kedua-duanya.

“Larangan ini berkuat kuasa 3 April sehingga dimaklumkan kelak.

“Larangan ini mungkin menyulitkan tetapi kita mesti hadapinya untuk menangani COVID-19. Saya beri jaminan bahawa  saya sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk membendung wabak ini secepat mungkin,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen, hari ini.

Prayuth berkata kerajaan akan terus memantau situasi dan langkah ketat akan dilaksanakan jika perlu.

Thailand melaporkan 104 kes baharu positif COVID-19 dan tiga kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,875 kes dan 15 kematian.

Thailand mengisytiharkan darurat di seluruh negara dari 26 Mac hingga 30 April, untuk mengekang penularan COVID-19.

Di bawah dekri darurat, semua pusat beli-belah, pusat hiburan dan venue sukan yang menarik tumpuan ramai diarah tutup manakala pasar raya yang menjual makanan dan barang keperluan harian, farmasi dan kedai serbaneka boleh dibuka.

Restoran dan kafe dibenarkan dibuka dengan hanya menawarkan makanan untuk dibungkus dan perkhidmatan penghantaran sahaja.

Kerajaan melarang kemasukan semua warga asing bukan penduduk. Bagaimanapun, warga Thailand, kalangan anggota diplomatik, warga asing yang memiliki permit kerja dan mereka  yang bekerja dalam sektor pengangkutan dibenarkan masuk.

Sementara itu, Prayuth berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat Thailand yang berada di luar negara dan semua agensi berkaitan telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang menyebarkan berita palsu mengenai COVID-19.

— BERNAMA 

ShareSendTweetShare

Related Posts

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
Antarabangsa

3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti

10/04/2020
21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19
Antarabangsa

21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19

09/04/2020
Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289
Antarabangsa

Covid-19 terus mengganas, kematian cecah 86,289

09/04/2020
Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil
Antarabangsa

Mayat ditinggalkan untuk reput di atas jalan-jalan di Guayaquil

08/04/2020
Darurat 7 Kawasan di Jepun
Antarabangsa

Darurat 7 Kawasan di Jepun

08/04/2020
Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia
Antarabangsa

Gantung kain merah untuk minta bantuan makanan – Colombia

07/04/2020
Next Post
Presiden Filipina – “Tembak” arahan kepada yang ingkar arahan “lock down”

Presiden Filipina - "Tembak" arahan kepada yang ingkar arahan "lock down"

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    CiliPedas.com

    © 2024 cilipedas.com

    Navigate Site

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    Follow Us

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2024 cilipedas.com