Siasat awal 6 akaun Ambank Islamic yang dibekukan pada 6 Julai (Isnin) bukan milik PM kerana telah ditutup pada Ogos 30, 2013 dan March 9, 2015 ujar Jabatan Peguam Negara.
Pada 8 Julai (Rabu), Jabatan Peguam Negara juga telah merampas beberapa dokumen termasuk Minit Mesyuarat, penyata bank dan yang berkaitan, buku lejar, perjanjian perniagaan, fail aktiviti sosial untuk korporat. Selain itu juga, beberapa buah komputer riba turut dirampas untuk menbantu siasatan yang sedang berlangsung.
Kenyataan yang dimuatnaik oleh PM Najib pada Rabu lepas, beliau telah menyatakan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal (wsj) adalah berunsur fitnah dan mempunyai agenda tertentu untuk menggulingkan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau juga mencadangkan agar siasat terperinci perlu dilakukan untuk mengesahkan kesahihan laporan yang dikeluarkan oleh WSJ baru baru ini.
Walau apapun kenyataan yang dikeluarkan, rakyat Malaysia masih tidak puashati dengan kenyataan dan tindakan yang diberi kerana ia seolah olah melambat proses penyiasatan dan akhirnya mungkin akan diselesai dengan penutupan kes.
– CNA/hs