Home / Cili Luar / Akaun yang dibekukan bukan milik PM Najib

Akaun yang dibekukan bukan milik PM Najib

malaysia-raidMalaysian plainclothes police carry a computer from the 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) office after a raid in Kuala Lumpur. (AP Photo/Joshua Paul)

Siasat awal 6 akaun Ambank Islamic yang dibekukan pada 6 Julai (Isnin) bukan milik PM kerana telah ditutup pada Ogos 30, 2013 dan March  9, 2015 ujar Jabatan Peguam Negara.

Pada 8 Julai (Rabu), Jabatan Peguam Negara juga telah merampas beberapa dokumen termasuk Minit Mesyuarat, penyata bank dan yang berkaitan, buku lejar, perjanjian perniagaan, fail aktiviti sosial untuk korporat. Selain itu juga, beberapa buah  komputer riba turut dirampas untuk menbantu siasatan yang sedang berlangsung.

Kenyataan yang dimuatnaik oleh PM Najib pada Rabu lepas, beliau telah menyatakan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal (wsj) adalah berunsur fitnah dan mempunyai agenda tertentu untuk menggulingkan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau juga mencadangkan agar siasat terperinci perlu dilakukan untuk mengesahkan kesahihan laporan yang dikeluarkan oleh WSJ baru baru ini.

Walau apapun kenyataan yang dikeluarkan, rakyat Malaysia masih tidak puashati dengan kenyataan dan tindakan  yang diberi kerana ia seolah olah melambat proses penyiasatan dan akhirnya mungkin akan diselesai dengan penutupan kes.

– CNA/hs

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Minta cerai selepas melihat wajah muka

Minggu ini, seorang lelaki di timur Arab Saudi telah mencerai isterinya selang beberapa minit setelah ...

0 comments

Hey there!

Sign in

Forgot password?
Close
of

Processing files…