Tuesday, January 26, 2021
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Nasional

Pertambahan Zon Merah di Kuala Lumpur

Staff Cili by Staff Cili
07/04/2020
in Nasional, Semasa
2 min read
0
Pertambahan Zon Merah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kawasan zon merah Covid-19 meningkat kepada 18 kawasan selepas Cheras turut mencatatkan lebih 40 kes.

Cheras sebelum ini berada di zon jingga dengan 38 kes pada 4 April lalu, tetapi angka terkini menunjukkan kawasan itu kini zon merah selepas merekodkan sebanyak 44 kes.

BACA JUGA

Harga Minyak pada 11 – 17 April

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Load More

Dengan peningkatan kes itu, semua empat daerah kesihatan di Kuala Lumpur kini ditandakan sebagai zon merah.

Selain itu, daerah Lembah Pantai menjadi kawasan tertinggi pesakit dijangkiti Covid-19 dengan 376 kes setakat 12 tengah hari kelmarin.

Lembah Pantai mencatat kes jangkitan tertinggi sejak 23 Mac lalu dengan merekodkan 90 kes dan angka kes terus mencatatkan peningkatan setiap hari.

Beberapa kawasan zon merah lain turut mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh sehari antaranya Hulu Langat yang mempunyai 307 kes pada 4 April lalu meningkat 318 kes (5 April) manakala Kepong 104 kes meningkat 112 kes.

Begitu juga Gombak, daripada 77 kes meningkat 100 kes, Klang (88 kes kepada 109 kes), Titiwangsa (86 kepada 90), Seremban (146 kepada 156), Kluang (135 kepada 147), Johor Bahru (137 kepada 139), Jerantut (58 kepada 60), Hilir Perak (61 kepada 65), Kinta (82 kepada 84) dan Kuching (155 kepada 165).

Bagaimanapun, tiga kawasan zon merah menunjukkan tiada pertambahan kes iaitu Batu Pahat masih 47 kes, Kota Bharu (82) dan Tawau (67) manakala Petaling pula mencatatkan penurunan kes daripada 308 kes kepada 292 kes.

Semua 18 zon merah itu sahaja menyumbang sebanyak 2,453 kes Covid-19.

Ini bermakna kira-kira 67 peratus daripada 3,662 kes Covid-19 yang dikesan di Malaysia pada 5 April lalu direkodkan daripada zon merah terbabit.

Sementara itu, Dungun yang sebelum ini zon kuning pula menjadi zon jingga apabila mencatatkan peningkatan 10 kes dengan 27 kes pada 5 April lalu berbanding hanya 17 kes sehari sebelum.

Tags: malaysia covid-19

Related Posts

Harga Minyak pada 11 – 17 April
Nasional

Harga Minyak pada 11 – 17 April

10/04/2020
Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Nasional

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

09/04/2020
72 jam saja lagi untuk penentuan PKP
Nasional

72 jam saja lagi untuk penentuan PKP

08/04/2020
Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19
Nasional

Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19

07/04/2020
170 kes baharu COVID-19 hari ini
Nasional

170 kes baharu COVID-19 hari ini

07/04/2020
Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur
Nasional

Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur

07/04/2020
Next Post
Kota Samarahan terus panas, terus dipantau

Kota Samarahan terus panas, terus dipantau

Leave Comment

Berita Popular

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

6 buah kereta paling jimat minyak di Malaysia berharga RM100K kebawah

27/03/2020
Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

Teknik untuk menyemak Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan mudah

31/03/2020
Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

Sebelum gemuk hitam, selepas itu cantik putih

27/03/2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

31/03/2020
Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

Pencuri tingkatan tiga dibogelkan

27/03/2020

Pilihan Kami

Anak kambing yang menyebut “what what” ?

Anak kambing yang menyebut “what what” ?

10/03/2017
Aktres yang “makan” placenta bayi nya sendiri

Aktres yang “makan” placenta bayi nya sendiri

29/03/2020
Tiada Gawai Peringkat Negeri Tahun ini – Sarawak

Tiada Gawai Peringkat Negeri Tahun ini – Sarawak

05/04/2020
Kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 700,000

Kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 700,000

31/03/2020
  • Tentang Kami
  • Privacy Policy
  • Disclaimer & TOS
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com

No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sabah
    • Sarawak
  • Tech
    • Telefon Pintar
    • Laptop
    • Gajet
  • Telco
  • Makanan
  • Hubungi Kami

© 2020 cilipedas.com