• Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
Thursday, June 19, 2025
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Kewangan

Penerima BSH dapat BPN secara automatik

Staff Cili by Staff Cili
02/04/2020
in Kewangan, Nasional, Semasa
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
Penerima BSH dapat BPN secara automatik

PUTRAJAYA, 29 Mac  — Isi rumah dan individu bujang yang sebelum ini telah disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak perlu membuat permohonan baharu bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari ini, berkata bayaran BPN akan dibuat secara terus kepada mereka melalui akaun bank berdaftar di bawah BSH.

BACA JUGA

Harga Minyak pada 11 – 17 April

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Load More

Menurutnya. mereka adalah tergolong dalam isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah yang akan menerima BPN sebanyak RM1,600 serta individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang layak menerima RM800.

Bagi isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan individu bujang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 yang telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai pembayar cukai, MOF berkata mereka juga tidak perlu membuat permohonan baharu untuk BPN.

Tambahnya, bayaran BPN sebanyak RM1,000 bagi isi rumah dan RM500 bagi individu yang layak di bawah kategori itu akan dibuat secara terus kepada mereka melalui akaun bank berdaftar dengan LHDN.

Menurut MOF, bagi mereka yang belum berdaftar pula, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan scammers (sindiket penipuan) yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN. 

“Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga,” katanya.

MOF turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) menggunakan pelbagai saluran. 

“Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi MOF di talian 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 9191/ 03-8882 4565/ 03-8882 4566 pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad hingga Jumaat), atau e-mel kepada [email protected]/ [email protected] atau menerusi aplikasi Telegram: PRE PRIHATIN atau laman Facebook Kementerian Kewangan.

Orang ramai juga boleh menghubungi LHDN di talian 1-800 882 747 atau 03-8911 1000 mulai jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad hingga Jumaat).

— BERNAMA

Tags: BPNBSH 2020
Share9SendTweetShare

Related Posts

Harga Minyak pada 11 – 17 April
Nasional

Harga Minyak pada 11 – 17 April

10/04/2020
Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Nasional

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

09/04/2020
72 jam saja lagi untuk penentuan PKP
Nasional

72 jam saja lagi untuk penentuan PKP

08/04/2020
Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19
Nasional

Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19

07/04/2020
170 kes baharu COVID-19 hari ini
Nasional

170 kes baharu COVID-19 hari ini

07/04/2020
Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur
Nasional

Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur

07/04/2020
Next Post
Bantuan Prihatin – Individu ‘tiada Rekod’ boleh kemuka permohonan baharu

Bantuan Prihatin - Individu 'tiada Rekod' boleh kemuka permohonan baharu

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    CiliPedas.com

    © 2024 cilipedas.com

    Navigate Site

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    Follow Us

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2024 cilipedas.com