• Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
Wednesday, March 29, 2023
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Kewangan

Bantuan Prihatin – Individu ‘tiada Rekod’ boleh kemuka permohonan baharu

Staff Cili by Staff Cili
02/04/2020
in Kewangan, Nasional, Semasa
Reading Time: 2 mins read
0
Bantuan Prihatin – Individu ‘tiada Rekod’ boleh kemuka permohonan baharu

KUALA LUMPUR, 1 April — Individu yang memperoleh keputusan ‘tiada rekod’ ketika membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh membuat permohonan baharu secara dalam talian sehingga 30 April ini.

Mereka hanya perlu klik di ikon ‘permohonan baharu’ dan mengikut langkah seterusnya semasa membuat permohonan itu.

BACA JUGA

Harga Minyak pada 11 – 17 April

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Load More

Menurut kenyataan LHDN hari ini, permohonan secara manual dengan menggunakan borang tidak dapat dilakukan pada masa ini berikutan semua premis agensi percukaian itu ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Kerajaan menguatkuasakan PKP mulai 18 Mac hingga 14 April ini.

Menurut LHDN, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi agensi itu https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my bermula 3 April ini.

Bagaimanapun, golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDN tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN. 

Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang ditetapkan kerajaan. 

Menurut LHDN, memandangkan trafik capaian ke portal rasmi adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin berdepan kesukaran membuat semakan dan dinasihat berbuat demikian di luar waktu puncak.

Keadaan itu berlaku susulan semakan dan permohonan untuk mendapatkan BPN bagi golongan B40 dan M40 dibuka mulai hari ini.

BPN merupakan sebahagian inisiaitif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. 

Hasil Care Line (HCL) LHDN pula beroperasi semula mulai 30 Mac lepas bagi menjawab pertanyaan berkaitan BPN dan isu-isu percukaian.

HCL, yang  beroperasi sepanjang tempoh PKP bermula 9 pagi hingga 5 petang dari setiap Ahad hingga Jumaat, boleh dihubungi menerusi talian 03-89111000 atau +603-8911 1100 bagi mereka yang berada di luar negara.

Selain itu, talian BSH iaitu 1800-88-2747 beroperasi untuk menjawab pertanyaan berhubung bantuan tersebut. 

— BERNAMA 

Tags: BPN
Share9SendTweetShare

Related Posts

Harga Minyak pada 11 – 17 April
Nasional

Harga Minyak pada 11 – 17 April

10/04/2020
Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Nasional

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

09/04/2020
72 jam saja lagi untuk penentuan PKP
Nasional

72 jam saja lagi untuk penentuan PKP

08/04/2020
Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19
Nasional

Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19

07/04/2020
170 kes baharu COVID-19 hari ini
Nasional

170 kes baharu COVID-19 hari ini

07/04/2020
Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur
Nasional

Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur

07/04/2020
Next Post
Jumlah Kes Covid-19 pada 1 April 12 Malam

Jumlah Kes Covid-19 pada 1 April 12 Malam

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    © 2020 cilipedas.com

    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2020 cilipedas.com