KKM telah mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, KL Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan utk melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).
PKPD ini melibatkan 5,000 -6,000 penghuni di 365 unit kediaman & premis perniagaan di bangunan itu.
Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat.
Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP DBKL 03-4026 7222 atau 016-296 2982