KUCHING: Pelajar Sarawak yang belajar di luar Sarawak termasuk di Semenanjung dibenarkan untuk balik ke Sarawak namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, mereka dibenarkan untuk pulang sendiri ke Sarawak dan perlu bersedia untuk dikuarantin selama dua minggu seperti individu yang lain.
Beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri pagi Khamis.