Kedudukan Malaysia di dalam senarai negara yang telah dijangkiti Covid-19 menurun secara berterusan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menunjukkan keputusan memuaskan.
Namun demikian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajar dilanjutkan dengan kaedah yang sistematik dan pematuhan perlu dipatuhi untuk memastikan pengurangan kes jangkitan baru.
Menurut laporan daripada dan Data statistik dari University John Hopkins, Malaysia kini berada di kedudukan ke-30 pada 6 April berbanding pada 19 Mac yang berada di kedudukan 17 dengan kes jangkitan 3,662 dan 1,005 pesakit yang sembuh serta 61 kematian.
Data statistik juga menunjukkan Negara seperti Chile, Denmark dan India mula mengatasi kedudukan Malaysia di dalam senarai tersebut.
Fakta itu disokong oleh Profesor Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Kesihatan Mikrobiologi dan Perubatan Parasitologi yang menegaskan kes Covid-19 terbaru di Malaysia mula menunjukkan bentuk mendatar.