• Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
Monday, June 30, 2025
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Nasional

‘Jangan begitu manja’, henti salahkan polis’: KPN

Staff Cili by Staff Cili
06/04/2020
in Nasional, Semasa
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
‘Jangan begitu manja’, henti salahkan polis’: KPN

KUALA LUMPUR: Orang awam diminta supaya berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya, kerana tugas pasukan keselamatan itu adalah bagi memastikan individu berkenaan tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata orang ramai seharusnya mematuhi setiap arahan PKP yang dikuatkuasakan bagi membataskan pergerakan keluar rumah individu dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini.

BACA JUGA

Harga Minyak pada 11 – 17 April

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Load More

“Kami terpaksa membuat sekatan jalan raya di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19, selain mengehadkan pergerakan keluar rumah orang ramai.

“Saya menasihatkan orang ramai yang tidak tersenarai dalam sektor perkhidmatan perlu untuk memahami arahan PKP, dan perlu melalui sekatan jalan raya,” katanya ketika ditemui Bernama di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata, sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas semasa sekatan jalan raya, orang awam diminta bersabar kerana pihaknya tidak mahu terlepas pandang jika ada individu tidak berkenaan keluar dari rumah.

“Orang ramai jangan merungut dengan isu remeh seperti berlaku kesesakan lalu lintas sekitar 10 hingga 15 minit di lebuh raya mahupun di pusat bandar.

“Saya minta mereka fikirkan keadaan kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan Kuala Lumpur sebelum PKP dilaksanakan… jangan begitu manja dengan menyalahkan sekatan jalan raya,” katanya, yang kesal kerana anggotanya turut menerima cacian daripada orang ramai kerana melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau sendiri turun ke lapangan untuk melihat anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya dan menasihatkan mereka supaya bersabar dan bekerja dengan profesional.

“Alhamdulillah mereka menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam menangani isu ini (menerima cacian). Orang ramai kena ingat bahawa anak buah saya, pihak tentera dan lain-lain pihak berkuasa yang bertugas di sekatan jalan raya seluruh negara juga mudah terdedah dengan risiko COVID-19,” katanya.

Abdul Hamid berkata kesemua mereka ini sedang berjuang untuk orang ramai dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada petugas media boleh melalui laluan khas seperti petugas barisan hadapan lain, Abdul Hamid berkata petugas media dibenarkan melalui laluan berkenaan kerana mereka juga tersenarai dalam perkhidmatan perlu. – BERNAMA

Tags: malaysia covid-19
ShareSendTweetShare

Related Posts

Harga Minyak pada 11 – 17 April
Nasional

Harga Minyak pada 11 – 17 April

10/04/2020
Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Nasional

Kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

09/04/2020
72 jam saja lagi untuk penentuan PKP
Nasional

72 jam saja lagi untuk penentuan PKP

08/04/2020
Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19
Nasional

Haiwan peliharaan bukan penyebar virus COVID-19

07/04/2020
170 kes baharu COVID-19 hari ini
Nasional

170 kes baharu COVID-19 hari ini

07/04/2020
Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur
Nasional

Perintah Kawalan diperketatkan di 2 buah bangunan – Kuala Lumpur

07/04/2020
Next Post
Warga emas ditembak mati kerana enggan pakai topeng muka

Warga emas ditembak mati kerana enggan pakai topeng muka

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    CiliPedas.com

    © 2024 cilipedas.com

    Navigate Site

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    Follow Us

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2024 cilipedas.com