Bukannya artis yang sibuk menagih simpati, bukanlah penyanyi terkenal, beliau juga bukanlah bintang ternama, namun tiada siapa dapat menafikan beliau ialah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini.
Sejak 4 minggu ini, kita sering melihat wajah beliau di media streaming. Walaupun kepenatan, beliau tetap juga memikul tanggunjawab cekal memberikan perkhidmatan dan menjawab segala pertanyaan wartawan dengan penuh profesionalism.
Dr Noor Hisham sebenarnya seorang pakar bedah terlatih. Anak kelahiran Sepang, Selangor itu berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebelum bergelar Ketua Pengarah Kesihatan, beliau juga sebenarnya menjawat tugas penting dalam KKM antaranya Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya.
Beliau juga menjadi Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya (2004) dan Pakar Bedah Umum (1994).
Biarpun diberi gelaran wira, namun beliau sedikit pun tidak melupakan tenaga kerja bawahnya yang bertungkus lumus berjuang dan berkorban.
Setiap hari Dr Noor Hisham tidak pernah ketinggalan merakamkan penghargaan kepada semua kakitangannya.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua doktor yang bekerja siang dan malam, menggalas tugas yang amat berat dan terus berkhidmat untuk negara.
“Sedarilah kita adalah benteng pertahanan terakhir untuk negara. Sesungguhnya kegagalan bukanlah satu pilihan,” katanya.
PROFIL
Nama: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Tarikh Lahir: 21 April 1963
Tempat Lahir: Sepang, Selangor
- Pengalaman:*
- Ketua Pengarah Kesihatan bermula 1 Mac 2013*
- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008*
- Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya bermula 16 Ogos 2002*
- Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur bermula 16 Januari 1998*
- Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998*
- Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997*
- Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu bermula 1 Julai 1994*
- Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur (1990-1994)*
- Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur bermula 2 Oktober 1989*
- House Officer, Hospital Universiti Kuala Lumpur bermula 1 Ogos 1988
* Sumber: Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua frontliners dimana jua anda berada !!!
#stayhome #staysafe