• Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
Sunday, May 18, 2025
CiliPedas.com
No Result
View All Result
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
  • Viral
  • Semasa
  • Antarabangsa
  • Nasional
  • Borneo
    • Sarawak
    • Sabah
  • Tech
    • Laptop
    • Telefon Pintar
  • Telco
  • Makanan
  • Auto
No Result
View All Result
CiliPedas.com
No Result
View All Result
Home Borneo

Bekalan Makanan ke 7 DUN Sarawak

Staff Cili by Staff Cili
04/04/2020
in Borneo, Sarawak
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
Bekalan Makanan ke 7 DUN Sarawak

KUCHING : Penghantaran bekalan makanan kepada penduduk di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dilaksanakan menggunakan helikopter dengan penerbangan pertama dijadual bermula esok.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata tujuh kawasan DUN terbabit terletak di kawasan luar bandar iaitu Telang Usang, Mulu, Batu Danau, Batang Ai, Murum, Meluan dan Balleh.

BACA JUGA

Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat

1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak

Load More

Beliau berkata, bekalan makanan yang akan dihantar menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Hornbill Skyway itu akan diagihkan kepada 3,118 ketua isi rumah (KIR).

“Penerbangan pertama dijadualkan dari Miri esok dengan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

“Bekalan makanan itu akan dihantar ke penempatan penduduk yang jauh di pedalaman di tujuh kawasan DUN itu dengan Telang Usan mencatatkan jumlah KIR paling ramai iaitu 1,131, Mulu (828), Batu Danau (156), Batang Ai (355), Murum (194), Meluan (204) dan Balleh (250),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fatimah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Rantaian Bantuan Bekalan Makanan COVID-19 yang kini sedang menjalani kuarantin di rumah, turut memaklumkan secara keseluruhannya sebanyak 444,329 KIR di semua 82 kawasan DUN Sarawak akan menerima bantuan bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

“Kita sudah mengarahkan semua Pusat Khidmat DUN serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk melaksanakan proses pengagihan bantuan itu dan sehingga kini penghantaran sudah dilaksanakan di 67 daerah.

“Ketika ini penghantaran sedang giat dijalankan dan dijangka semua proses itu selesai dalam tempoh empat ke lima hari lagi,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata, proses penghantaran menggunakan helikopter akan diselaraskan sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dipatuhi.

“Ia termasuk menentukan lokasi pendaratan, kemampuan beban setiap helikopter, proses pembasmian kuman terhadap bekalan yang dihantar, keadaan cuaca dan paling utama faktor keselamatan pesawat serta kru sepanjang operasi berkenaan,” katanya.

Tags: covid-19 Sarawak
Share20SendTweetShare

Related Posts

Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
Borneo

Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat

10/04/2020
1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
Borneo

1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak

09/04/2020
Tujuh orang dikompaun RM1,000
Borneo

Tujuh orang dikompaun RM1,000

09/04/2020
15 Kes baharu di Sarawak pada 7 April
Borneo

15 Kes baharu di Sarawak pada 7 April

07/04/2020
Jumlah tangkapan meningkat di Sarawak – PKP hari ke-21
Borneo

Jumlah tangkapan meningkat di Sarawak – PKP hari ke-21

07/04/2020
STATISTIK TERKINI COVID-19 DI SARAWAK 7 APRIL 2020
Borneo

STATISTIK TERKINI COVID-19 DI SARAWAK 7 APRIL 2020

07/04/2020
Next Post
Kawasan panas yang dikenalpasti di Kuching, Sarawak

Kawasan panas yang dikenalpasti di Kuching, Sarawak

Leave Comment
No Result
View All Result

Recent Posts

  • Harga Minyak pada 11 – 17 April
  • 3 variasi coronavirus yang telah dikenalpasti
  • Pelajar Sarawak dibenarkan balik tapi bersyarat
  • 1 lagi kematian menjadikan jumlah 13 orang – Sarawak
  • Tujuh orang dikompaun RM1,000

Categories

  • Antarabangsa
  • Borneo
  • Celebriti
  • Gajet
  • Kewangan
  • Makanan
  • Movie
  • Nasional
  • Sabah
  • Sarawak
  • Semasa
  • Tech
  • Telco
  • Telefon Pintar
  • Uncategorized
  • Wearable

Recent Comments

    CiliPedas.com

    © 2024 cilipedas.com

    Navigate Site

    • Tentang Kami
    • Privacy Policy
    • Disclaimer & TOS
    • Hubungi Kami

    Follow Us

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Semasa
    • Antarabangsa
    • Nasional
    • Borneo
      • Sabah
      • Sarawak
    • Tech
      • Telefon Pintar
      • Laptop
      • Gajet
    • Telco
    • Makanan
    • Hubungi Kami

    © 2024 cilipedas.com