Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kepada pemberita bahawa pengecualian caj rm1 akan dikenakan sepanjang tempoh PKP untuk mana-mana pengeluaran wang di mana-mana ATM.
“Oleh itu melalui Kementerian Kewangan, kerajaan memutuskan semua institusi perbankan melalui paynet akan mengecualikan caj RM1 di semua ATM yang menggunakan MEPS. Pengecualian RM1 ini akan bermula Isnin hingga tamat PKP ini dan ia memberi ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan ATM disediakan,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Beliua juga menasihatkan orang ramai supaya amalkan “social distancing” semasa melakukan pengeluaran di mana-mana bank ATM.
Sumber – Awani