[Di Kemaskini pada 1 April 2020]
Permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 boleh dibuat melalui
- aplikasi i-Akaun atau
- emel.
KWSP dalam kenyataan hari ini, melalui emel, pencarum boleh mendapatkan perkhidmatan pertanyaan mengenai
- Pengeluaran i-Lestari di [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari di [email protected].
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada [email protected],
- manakala penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus di [email protected].
Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP yang lain pula, pencarum boleh mendapatkan maklumat di https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry
“KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April. Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.
“Ahli juga boleh merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.
Pada 23 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP. Laman Rasmi KWSP adalah https://www.kwsp.gov.my/
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini.
Untuk memohon pengeluaran KWSP i-lestari dari akaun 2 iaitu RM500 sebulan sampai 31 Mac 2021 (12 Bulan).
Anda perlu mengetahui beberapa perkara seperti dibawah.
- Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
- Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
- Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021) - Permohonan online menggunakan i-Akaun (Lebih pantas untuk diproses)
Kelayakan Pengeluaran
Siapa yang layak memohon i-Lestari?
Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
- Berumur di bawah 55 tahun; dan
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
Cara Permohonan i-Lestari KWSP
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:
- Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
- Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
- Atau melalui Pos dengan mengisi Borang Pengeluaran i-lestari