Lima remaja yang berumur lingkungan 18 telah ditangkap selepas melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) petang semalam pada jam 6 petang di Jalan Kilang Felda Teloi Timur.
Mereka ditahan setalah pihak polis melakukan pemantauan dikawasan Felda tersebut. Antara alasan yang tidak munasabah yang diberi antaranya minta rokok dari kawan, membeli barang dan singgah jumpa kawan tetapi tiada barang yang dibeli ketika pemeriksaan dilakukan.
“Mereka ditahan semasa rondaan pemantauan dilakukan anggota polis di kawasan FELDA berkenaan.
Abdul Razak, berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik untuk siasatan lanjut dan mereka disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.