Berita baik untuk pelajar dikala covid-19 ini melanda.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) peperiksaan dan penilaian akhir bagi diploma, sijil Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan dilaksanakan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KPT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu juga dibuat selepas Politeknik dan Kolej Komuniti diwartakan sebagai pusat survelan atau stesen kuarantin sementara bagi operasi menangani COVID-19.
“Sehubungan itu, markah pentaksiran semester adalah berdasarkan kepada markah Penilaian Berterusan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, selaras dengan PKP, pelajar yang masih berada di kampus diminta terus berada lokasi masing-masing begitu juga pelajar yang berada di kediaman keluarga sehingga diberitahu kelak.
Bagi pelajar program sarjana muda di Politeknik, satu pemakluman berasingan akan dikeluarkan khusus untuk mereka.