Berlaku di Taman Ukay, seorang budak bernama Zaim Salleh, 10 terjatuh lalu punggungnya tertusuk besi. Mangsa hanya mampu meraung kesakitan selama 20 minit kerana punggung yang telah ditusuk besi sedalam 6 sentimeter.
Kejadian tersebut terjadi semasa beliau sedang bermain berseorangan di sebuah kontena yang ditinggalkan dikawasan perumahannya sebelum terjatuh.
Pihak Bomba telah bergegas ketempat kejadian dan dapat menyelamatkan budak itu dengan memotong besi yang bertusuk itu.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal Affandi berkata, mangsa mungkin ada mengallami kecederaan parah sekiranya besi tersebut mengenai organ tertentu.
Keadaan mangsa dalam keadaan stabil di Hospital Ampang.