Datuk Dr Jerip Susil iaitu Menteri Muda Pengangkutan Sarawak disahkan positif Covid-19. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mambong mengesahkan dirinya positif COVID19, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo pagi tadi.
Beliau sedang dikuarantin di Hospital Umum Sarawak sejak malam tadi untuk tempoh 14 hari dan memaklumkan bahawa beliau mendapat jangkitan dari kluster Good News Fellowship Conference Church.