Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan masa beroperasi untuk beberapa servis dilonggarkan iaitu dari jam 8 pagi ke 8 malam.
Ini melibatkan perkhidmatan makanan (food and beverage), pasar raya dan petrol stesen akan dilonggarkan masa perkhidmatan dari Jam 8 pagi ke 8 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 1 April – 14 April.
Untuk perkhidmatan pengangkutan, teksi, e-hailing akan beroperasi seperti biasa iaitu jam 6 pagi sehingga 10 malam.
Manakala perhimpunan keagamaan masih tidak digalakkan sama sekali.
Beliau menegaskan untuk fasa kedua ini, pemantauan dan sekatan jalan raya yang lebih kerap akan dilakukan.