Seorang budak perempuan berumur 5 tahun dari Sibu telah meninggal dunia disebabkan gigitan anjing yang mempunyai rabies. Ini merupakan kes pertama tahun ini yang melibat kematian di Sarawak.
Beliau meninggal dunia pada 26 March dan hasil laporan pada 29 March mengesahkan budak perempuan tersebut positif rabies oleh makmal Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak.
Beliau telah digigit pada 8 March dan telah dihantar ke Hospital Sibu pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, keadaan semakin merosot dan beliau meninggal dunia pada 26 March 2020.
Sumber: Star online