Definisi yang sering disebut dan ramai yang masih tidak tahu akan maksudnya. ianya sering kali digunapakai oleh kerajaan apabila sesuatu sumbangan diberi.
Disini saya akan jelaskan.
B40 atau pun Below 40% adalah merujuk kepada isi rumah berpendapatan purata dibawah RM4360. Isi rumah disini bermaksud isteri dan suami bergabung pendapatan.
M40 ataupun Middle 40% adalah kumpulan sederhana dengan pendapatan bulanan dalam purata RM4360 – RM9620
T20 ataupun Top 20% merujuk kepada pendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM9,620.00 dan ke atas
TAFSIRAN B40, M40 DAN T20 | ||
Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu: | ||
B40 | M40 | T20 |
Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah | Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan | Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi |
Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini | Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini | Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini |
Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,360.00 | Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,360.00 hingga RM9,619.00 | Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM9,620.00 dan ke atas |
Nisbah B40 + M40 + T20 ini menunjukkan pendapatan seisi kluarga di seluruh Malaysia, iaitu 40% penduduk Malaysia berpendapatan bawah Rm4360 sebulan, manakala 40% penduduk Malaysia berpendapatan seisi keluarga antara RM4360 – RM9619 dan selebihnya 20% mempunyai pendapatan seisi keluarga melebihi RM9620 keatas.