Home / Cili Dalam / Mayat separuh bogel dimakan oleh biawak-biawak

Mayat separuh bogel dimakan oleh biawak-biawak

Monitor-Lizard

Penampang: Bau busuk telah menarik perhatian beberapa ekor biawak untuk berkerumun disebalik kawasan paya di Kg Lembising petang semalam.

Oleh kerana tidak tahan dengan bau busuk, penduduk kampung telah menyiasat dan menjumpai mayat seorang perempuan separuh bogel dan hampir tidak dikenali disebab keadaan mayat yang telah mula reput dan ditambahkan lagi dengan gigitan biawak biawak.

Menurut Ketua Polis penampang DSP Azmir Abdul Razak, perempuan tersebut berusia lingkungan 20-an dan telah mati selama lebih kurang 3 hari.

Pengecaman mayat masih dalam peringkat awal kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

Mayat telah dihantar ke hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat

– borneo post

 

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

Ibu leka bermain handphone anak jatuh dari eskalator

https://youtu.be/Bw5rtM8BTLM Kuala Lumpur : Nasib malang menimpa seorang ibu yang sedang leka sambil bermain handphone  ...

0 comments