Home / Cili Semasa / Perkara yang tidak harus ditanya kepada perempuan.

Perkara yang tidak harus ditanya kepada perempuan.

girl-annoyedImage from Shutterstock

Didalam kehidupan, kita semestinya telah melalui banyak perhubungan yang gagal. Banyak yang tertanya-tanya dimanakah silap dan apakah perkara-perkara remeh yang perlu diberi perhatian.

Disini adalah beberapa perkara yang tidak seharusnya ditanya kepada seseorang perempuan sama ada teman wanita mahupun yang baru berkenalan. Seboleh-bolehnya ianya dielakkan sama sekali untuk memastikan hubungan yang sihat.

1. Berapa banyak orang lelaki pernah bersama awak?

Elakkan bertanya soalan ini. Ini tidak menguntungkan anda sebab anda tidak mahu disoal perkara yang sama dan apa yang lepas adalah lepas. Tidak kiralah beberapa banyak, sikit ataupun tiada lelaki pernah bersama wanita tersebut. Yang paling penting adalah perasaan anda sekarang bersama wanita tersebut.

2. Hendak ikut saya balik?

Jangan tanya, ini akan menunjukkan anda seorang lelaki yang rakus dan tidak sabar. Ini kerana peratusan si dia menolak mungkin besar. Sebaliknya anda mungkin boleh bercakap kepada wanita tersebut “Malam ini tidak harus berakhir disini“.  Seterusnya ianya terpulang pada anda dan dia.

3. Jom kita berjumpa dengan keluarga saya?

Jangan mendesak. Sesetengah wanita akan merasa tertekan dan ianya akan berakhir dengan kahwin paksa ataupun perpisahan. Sebaliknya “Adakah anda ingin berjumpa keluarga saya? Disini kita akan memberi ruang kepada wanita tersebut itu membuat pilihan samada ya atau tidak berdasarkan perasaan wanita tersebut.

4. Awak kelihatan hodohlah dengan pakaian itu.

Jangan sesekali merendahkan semangat si dia. Seelok-eloknya anda bercakap “Saya fikir pakai ini kurang sesuai dengan anda” . Wanita sangat sensitif dan mudah tersinggung, dimana kita perlu berhati hati dengan sebarang percakapan. Ataupun anda boleh menyalahkan pakaian tersebut dan secara tidak langsung anda menyuruh si dia menukarnya.

5. Awak semakin gemuk?

Jangan dan jangan!. Sebaliknya katakan “Jumm kita pergi bersenam bersama, saya rasa penampilan saya tidak berapa sesuai” sambil mengajak si dia. Kita tidak perlu bertanya soalan “awak semakin gemuk?”, ini kerana si dia mungkin telah mengetahui perubahan pada dirinya terlebih dahulu.

6. Saya tidak suka dengan kawan anda.

Elok lagi untuk berkata “Jum kita berkenalan dengan orang baru“. Semestinya pergaulan dengan rakan yang merosakkan adalah tidak sesuai untuk jangkamasa yang panjang. Oleh itu “slow talk” dan “slow approach” perlu dilakukan. Ini kerana perubahan mendadak sangat sukar dilakukan.

Anda mempunyai tips lain yang boleh dikongsikan bersama?

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

About Staff Cili

Kami memuatkan berita yang boleh dikategorikan panas untuk tatapan anda semua.

Check Also

10 Fakta Mengenai Korea Utara

Pengasas Korea Utara adalah presiden Pertama iaitu Kim II Sung. Beliau menetapkan bahawa Korea Utara ...

Hey there!

Sign in

Forgot password?
Close
of

Processing files…